Bfm :: Bila Larut Malam

Informações:

Synopsis

Bila Larut Malam ialah rancangan yang merungkai fenomena moden, tradisional, serta budaya bandar yang berada di sekeliling kita. Sertai kami untuk memahami trend masyarakat dan budaya. Khas untuk mereka yang tidur lewat dan pengembara malam.

Episodes

  • Utusan Malaysia - Lemas Dalam Arus Perubahan?

    21/08/2019 Duration: 10min

    Masalah kewangan yang melanda Utusan Malaysia telah menggugat status kewujudannya sebagai salah satu akhbar berbahasa Melayu yang tertua di negara ini. Walaupun mereka dikatakan akan meneruskan kehidupannya buat masa ini, apakah yang menyebabkan mereka berada dalam situasi ini? Keengganan untuk berubah, pendekatan yang lapuk atau hubungan dengan parti politik? Kami teroka.

  • Berkarya sampai Rabak

    14/08/2019 Duration: 28min

    Sebagai salah sebuah kolektif seni multi disiplin yang “otai” di Malaysia, Projek Rabak telah melihat dan melakukan hampir semua jenis aktiviti seni yang kita fikirkan. Bagaimanakah kolektif seni dari Ipoh ini memulakan perjalanan mereka, dan mengimbangkan antara jati diri dan identiti tempatan, dengan pendekatan yang lebih global? Kita teroka.

  • Disebalik Khat dan Jawi

    07/08/2019 Duration: 28min

    Rancangan pengenalan komponen tulisan khat dalam kurikulum Bahasa Melayu di sekolah telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Apakah yang mendorong reaksi sebegini? Kami cuba memahami konteks sejarah tulisan jawi dan khat dalam Bahasa Melayu dan budaya kita, serta hubung kait isu ini dengan formula negara bangsa.

  • Percaya dalam Kemodenan

    31/07/2019 Duration: 27min

    Konsep “trust” atau percaya adalah salah satu elemen penting dalam konsep kemodenan. Konsep ini diterjemahkan dalam bentuk dokumen, seperti undang-undang dan perlembagaan. Bagaimanakah perkembangan ini mengukuhkan kepercayaan kita antara satu sama lain? Kami teroka.

  • Peranan Dokumentari dalam Masyarakat

    24/07/2019 Duration: 33min

    Sebagai medium yang mendapat persepsi sebagai sesuatu yang kadang kala dianggap terlalu serius ataupun membosankan, filem dokumentari masih mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat. Dalam episod kali ini, pembikin filem dokumentari, Rahmah Pauzi akan menceritakan bagaimana dokumentari masih lagi relevan dalam kehidupan kita.

  • Gig Economy - Persepsi dan Realiti

    17/07/2019 Duration: 48min

    Landskap dunia pekerjaan kini telah berubah dengan wujudnya “gig economy”, yang menawarkan pekerja lebih fleksibiliti serta peluang untuk menjana pendapatan yang lebih, bergantung kepada usaha. Apakah di antara industri-industri yang menawarkan peluang yang cerah kepada pekerja separuh masa, dan apakah realiti bekerja sebagai seorang “freelancer”? Kami teroka.

  • Satar dan Alam Sekitar

    10/07/2019 Duration: 24min

    Satar, juadah snek yang diperbuat daripada ikan, dibalut dengan daun pisang, dan dipanggang, adalah juadah tradisional dari Terengganu yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan masyarakat dan alam sekitar di sana. Dalam episod ini, kami akan cuba memahami hubungan tersebut, dan bagaimana kelestarian alam sekitar serta hubungannya dengan masyarakat dan budaya dapat dikekalkan secara harmoni.

  • Mencari Tema Sastera Melayu

    03/07/2019 Duration: 29min

    Sastera Melayu memainkan peranan yang penting sebagai tunjang identiti dan budaya masyarakat. Apakah antara tema-tema yang ketara dalam karya penulisan sastera Melayu itu, bagaimanakah ianya berubah, dan apakah kesannya kepada masyarakat? Kami teroka.

  • Ada Apa Dengan Feminisme?

    19/06/2019 Duration: 29min

    Perkataan “feminisme” kini sering dimomokkan dengan pelbagai macam label, tetapi adakah ianya adalah sesuatu yang baru dan asing bagi kita? Dalam episod ini, kami akan melihat semula sejarah perjuangan feminisme, dan perbezaan perjuangan tersebut mengikut masa, tempat dan konteks.

  • Huawei, Amerika dan Google - Apa Kesan Kepada Pengguna?

    12/06/2019 Duration: 21min

    Baru-baru ini dunia digemparkan dengan satu perkembangan yang dijangkakan akan mempunyai kesan yang mendalam kepada dunia teknologi. Rentetan daripada peperangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, kerajaan Amerika memutuskan untuk menyenarai hitamkan pelbagai syarikat dari China, termasuklah syarikat teknologi gergasi, Huawei. Apakah kesannya kepada pengguna barangan Huawei, terutamanya apabila pembekal perkhidmatan terbesar dari Amerika, Google, tidak dibenarkan berurusan dengan Huawei. Kami cuba jelaskan.

  • Guru - Penghulu Generasi

    15/05/2019 Duration: 33min

    Sebagai nadi masyarakat, guru memikul tanggungjawab yang amat berat untuk mencorak generasi masa hadapan. Apakah tanggungjawab mereka, dan bagaimana mereka memikul amanah ini, dengan keadaan semasa yang kini telah banyak berubah? Bagaimana mereka menguruskan hubungan mereka dengan pelajar, dalam konteks moden? Kami bercakap dengan seorang guru, untuk mengetahui pengalaman beliau setakat ini.

  • Perjuangan Berterusan Golongan Pekerja

    08/05/2019 Duration: 27min

    Landskap dunia pekerjaan moden yang telah mengalami perubahan, dan kini lebih terpisah antara satu sama lain bermakna nasib golongan pekerja menjadi semakin terumbang-ambing. Cabaran yang dihadapi ini, dicampur pula dengan isu-isu lain seperti gaji, dan perlindungan di tempat kerja, menunjukkan bahawa perjuangan nasib golongan pekerja masih belum selesai. Apakah cabaran mereka masa kini? Bila Larut Malam teroka.

  • Mengaji Seni

    24/04/2019 Duration: 36min

    Pada masa kini, ramai golongan muda yang berbakat ingin menjadi penyanyi atau pemuzik. Walaupun jalannya kini lebih mudah dan cerah, terutamanya jika mereka berusaha keras, pendidikan formal yang teratur untuk mengasah bakat tersebut mungkin masih diperlukan. Menyedari perkara tersebut, Amir Jahari, seorang pemuzik arus perdana yang kini mencuba nasib di dunia alternatif, mewujudkan Pondok Seni, untuk membantu bakat muda mengenal dunia muzik dan industrinya dengan lebih baik.

  • Melihat Sejarah dengan Lensa yang Berbeza

    17/04/2019 Duration: 39min

    Sejarah adalah salah satu asas penting untuk kita mengenal identiti peribadi, masyarakat dan dunia sekeliling kita. Di Malaysia, kita kadang-kala dibiasakan dengan naratif “rasmi”, yang mungkin tidak begitu inklusif atau menyeluruh, merangkumi setiap aspek masyarakat dan persekitaran. Imagined Malaysia adalah satu kumpulan yang cuba membawa perspektif berbeza terhadap sejarah, melalui lensa yang lebih kritikal. Kami bercakap dengan salah seorang pengasasnya, untuk mengetahui bagaimana mereka melakukannya.

  • Bila Pena Bertemu Kertas

    10/04/2019 Duration: 36min

    Seni penulisan adalah satu seni yang kompleks, yang memerlukan pendekatan yang amat teliti. Bagaimanakah seseorang penulis itu mula membuat coretan apa yang berada di benak fikiran mereka? Dan bagaimanakah pengalaman peribadinya mempengaruhi hasil kerja? Bila Larut Malam cuba kupas persoalan-soalan ini dengan satu perbualan bersama seorang penulis.

  • Mengenal Postkolonialisme

    03/04/2019 Duration: 24min

    Negara kita sudah lama bebas daripada belenggu penjajah, tetapi legasi dan kesan penjajahan masih lagi kita rasa sehingga ini. Pemikiran post-kolonialisme cuba mendalami dan memahami hubungan itu, dan kesannya kepada masyarakat, ekonomi, politik dan struktur sosial sesebuah negara itu. Dalam episod ini, Bila Larut Malam cuba memahami asas pemikiran ini, dan kepentingannya kepada kita.

  • Mengenal Kraf Berasaskan Kulit

    27/03/2019 Duration: 26min

    Produk berasaskan kulit yang dibuat berdasarkan citarasa kita sendiri kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemarnya. Apakah keunikan produk ini, yang membezakannya dengan material-material lain? Adakah kulit mempunyai ciri yang unik yang menyebabkan orang menggemarinya? Kami mencari jawapannya bersama dengan seorang tukang jahit produk kulit.

  • Awas! Jangan Sampai Terpancing!

    20/03/2019 Duration: 31min

    Walaupun sering kali diingatkan, masih lagi ramai di antara kita yang menjadi mangsa phishing ataupun scam di atas talian. Mereka yang terlibat dalam kancah jenayah ini juga mempunyai pelbagai macam cara untuk memerangkap mangsa. Dalam episod kali ini, Bila Larut Malam cuba memahami pelbagai macam kaedah phishing, dan bagaimana kita boleh berhati-hati menghadapinya.

  • Meraikan Wanita Kembali Berkerjaya: Solusi

    13/03/2019 Duration: 37min

    Bagi golongan wanita berkerjaya, akan tiba satu masa di mana mereka terpaksa memilih untuk mengutamakan kerjaya atau keluarga. Untuk wanita yang memilih untuk mengutamakan keluarga dahulu dan meninggalkan kerjaya buat sementara waktu, jalan untuk kembali ke alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam bahagian kedua penerokaan topik ini, kami akan menumpukan kepada beberapa solusi dan penyelesaian yang boleh diambil untuk memudahkan peralihan tersebut, serta cadangan terhadap beberapa perubahan yang boleh dilakukan daripada aspek polisi.

  • Meraikan Wanita Kembali Berkerjaya: Persepsi

    06/03/2019 Duration: 25min

    Bagi golongan wanita berkerjaya, akan tiba satu masa di mana mereka terpaksa memilih untuk mengutamakan kerjaya atau keluarga. Untuk wanita yang memilih untuk mengutamakan keluarga dahulu dan meninggalkan kerjaya buat sementara waktu, jalan untuk kembali ke alam pekerjaan tidaklah semudah yang disangkakan. Dalam bahagian pertama penerokaan topik ini, kami akan menumpukan kepada persepsi yang wujud terhadap golongan wanita yang membuat pilhan ini.

page 1 from 5