Bfm :: Bila Larut Malam

Informações:

Synopsis

Bila Larut Malam ialah rancangan yang merungkai fenomena moden, tradisional, serta budaya bandar yang berada di sekeliling kita. Sertai kami untuk memahami trend masyarakat dan budaya. Khas untuk mereka yang tidur lewat dan pengembara malam.

Episodes

  • Mata Wang Crypto - Transaksi Masa Depan?

    01/11/2017 Duration: 28min

    Dalam episod kali ini, kami akan meneroka mata wang crypto dan peningkatan popularitinya dalam transaksi digital dan pelaburan alternatif. Apakah sebenarnya mata wang crypto ini, dan adakah ianya adalah mata wang yang akan digunakan pada masa hadapan?

  • Buku Tiga Lima #8: Membina Mahligai Impian

    25/10/2017 Duration: 34min

    Fasa semulajadi bagi pasangan yang bercinta adalah perkahwinan. Dari luar nampak indah dan mudah, tetapi perjalanan yang perlu dilalui untuk membina mahligai indah itu bukanlah senang. Dengan kos perkahwinan yang semakin meningkat kini, bagaimanakah pasangan yang ingin bersatu boleh merancang perbelanjaan mereka secara rapi dan teratur, untuk kehidupan bahagia kelak?

  • Ada Apa Dalam Bonet Tu?

    11/10/2017 Duration: 22min

    Semangat perniagaan masyarakat masa kini yang rancak menyaksikan pelbagai macam pendekatan dan medium yang digunakan. Salah satu pendekatan yang lebih ringkas dan bersifat kemasyarakatan ialah “Car Boot Sale”. Apakah barang-barang yang dijual di sini, dan apakah tarikannya? Kami teroka.

  • Stoicism

    04/10/2017 Duration: 24min

    Semua manusia pernah mengalami kesakitan dan kepayahan dalam hidup ini. Bagaimanakah kita menguruskan cabaran-cabaran ini? Minggu ini, kami akan meneroka stoicism, satu falsafah yang mengajar kita memahami keadaan dunia ini dengan liku-likunya yang unik, serta menerima dan menghadamnya dengan hati terbuka.

  • Buku Tiga Lima #7: Rumah Idaman, Bajet Tak Kesampaian

    27/09/2017 Duration: 45min

    Ramai di antara kita, terutamanya yang muda, ingin memiliki rumah kita sendiri. Dengan harga yang begitu tinggi, dan keadaan ekonomi yang suram, adakah ianya adalah satu pelaburan yang bijak, pada masa kini? Apakah yang perlu kita tahu, sekiranya kita ingin mengambil langkah penting dalam hidup kita ini? Dengarkan perbincangan kami, yang merungkai proses pembelian rumah, bayaran-bayaran sampingan, dan alternatif kepada pembelian rumah.

  • Net Neutrality - Dunia Tanpa Sempadan

    20/09/2017 Duration: 20min

    Bagi mereka yang peka tentang dunia internet, frasa “net neutrality” adalah sesuatu yang akan sering mereka temui. Perdebatan tentang topik ini berkisar kepada cubaan untuk menyekat kebebasan yang kita nikmati di internet. Apakah hujah-hujah mereka yang ingin menyekat atau menyokong kebebasannya? Dan adakah perdebatan ini relevan dalam konteks negara kita, Malaysia?

  • Kereta Mainan, Bukan Mainan

    13/09/2017 Duration: 36min

    Kalau disebut Hot Wheels, mereka yang berpeluang bermain dengan kereta replika mainan itu akan terkenang dengan zaman silam mereka semasa kecil. Namun, seperti pelbagai lagi hobi masa kini, Hot Wheels tidak lagi terhad hanya kepada kanak-kanak. Orang dewasa juga menggilai hobi ini, dan mengumpulnya. Bila Larut Malam berkunjung ke sesi pertemuan penggemar Hot Wheels, dan meneroka bagaimana orang dewasa memanfaatkan hobi mereka ini, sama ada mengumpul dan menjual semula, ataupun mengubahsuainya.

  • Rehat - Mesti Produktif Ke?

    06/09/2017 Duration: 22min

    Majoriti masyarakat yang bekerja menjalani kehidupan yang sibuk. Jadi, masa rehat, seperti cuti, biasanya akan digunakan untuk berehat. Tetapi aktiviti apa yang kita lakukan dalam masa rehat kita itu? Perlukah rehat itu bersifat “produktif”? Adakah boleh diterima sekiranya kita tidak melakukan apa-apa yang dianggap “berfaedah” atau “produktif” pada waktu lapang kita? Kami bincangkan.

  • Buku Tiga Lima #6: Nak Pinjam Apa?

    23/08/2017 Duration: 30min

    Selain daripada menyimpan wang kita, institusi kewangan juga wujud untuk menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan kewangan. Salah satu perkhidmatan kewangan yang disediakan adalah pinjaman. Apakah jenis-jenis pinjaman yang disediakan, dan bagaimanakah cara terbaik untuk memanfaatkan pinjaman kita?

  • Wasiat dan Warisan

    16/08/2017 Duration: 39min

    Wasiat dan warisan adalah topik yang jarang sekali dibincangkan dalam masyarakat kita. Ini mungkin kerana kaitannya dengan kematian. Apakah kepentingan menulis wasiat, untuk waris kita? Dan apakah yang akan berlaku sekiranya wasiat tidak ditulis? Bagaimana harta kita akan dibahagikan? Kami cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut, dengan bantuan seorang peguam.

  • Susah ke Nak Tulis Resume?

    09/08/2017 Duration: 45min

    Pasaran pekerjaan yang begitu kompetitif di luar sana memerlukan graduan, atau mereka yang ingin mencari pekerjaan, menonjolkan diri mereka. Kadang kala, keputusan yang baik dan pengalaman sahaja tidak cukup untuk mendapatkan kita kerja. Cara kita menulis Kurikulum Vitae, cover letter, dan menghadapi temu ramah juga perlu dipertekankan. Dalam episod ini, kami akan meneroka masalah yang dihadapi mereka yang mencari kerja, serta tips-tips yang boleh mereka gunakan untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan.

  • Lorong Gelap Internet

    02/08/2017 Duration: 23min

    Internet adalah dunia yang mempunyai ekosistem, dan budayanya yang tersendiri. Dan seperti dunia nyata, terdapat beberapa bahagian internet yang diduduki elemen-elemen yang tersembunyi. Kami akan cuba meneroka kawasan di internet yang dipanggil “Dark Web” dan apa yang ada di sana. Adakah ianya digunakan untuk tujuan yang baik, atau buruk?

  • Buku Tiga Lima #5: Leret, Jangan Sampai Terleret

    26/07/2017 Duration: 31min

    Suatu masa dahulu, salah satu nasihat tentang perbelanjaan bijak ialah jangan menggunakan kad kredit. Ini adalah kerana kita akan membiasakan diri berhutang. Namun, pada masa moden ini, kad kredit adalah satu alat penting dalam perbelanjaan kita, terutamanya dalam pembelian atas talian. Adakah nasihat itu masih relevan? Dan sekiranya tidak, apakah cara yang terbaik untuk memastikan kad kredit yang kita gunakan itu, tidak menjerat kita?

  • Rangkaian Gastronomi Melayu

    19/07/2017 Duration: 52min

    Gastronomi Melayu mempunyai kaitan yang amat mendalam dengan aspek sejarah dan budayanya. Siapa sangka, geometri dan pantun memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi juadah-juadah tradisional kita. Ketupat juga ada ceritanya yang tersendiri, merangkumi seluruh sejarah Nusantara. Apakah cerita sebenar disebaliknya? Faisal Tehrani akan kongsikan hubungkait elemen-elemen budaya, dengan juadah makanan kita.

  • Terpakai, Tapi Tak Terbuang

    12/07/2017 Duration: 50min

    Budaya membaca dan industri buku telah sedikit sebanyak mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Bagi yang membeli bahan bacaan mereka, buku terpakai adalah satu alternatif yang lebih murah dan menarik. Edisi terhad, dan buku yang tidak lagi dicetak juga menjadi pilihan pengumpul yang ingin mengumpul buku lama. Untuk memahami lebih lanjut industri ini, dan kaitannya dengan budaya membaca, kami bercakap dengan Tintabudi, penjual buku terpakai dengan pengkhususan spesifik.

  • Harga Makanan, Budaya & Perkembangan Teknologi

    05/07/2017 Duration: 30min

    Globasisi telah memberikan kita peluang untuk menikmati pelbagai juadah di serata dunia. Tetapi, apabila dijual, adakah harga makanan-makanan asing ini ditetapkan mengikut hierarki dan status budaya mereka di mata masyarakat? Dalam topik yang berlainan, Bila Larut Malam juga membincangkan sama ada perkembangan teknologi masa kini seperti komputer dan telefon pintar adalah sesuatu yang benar-benar mengubah cara kita hidup, berbanding dengan perkembangan teknologi masa dahulu, seperti enjin wap dan tenaga elektrik? Mana satu yang memberikan kesan yang lebih besar dalam hidup kita?

  • Buku Tiga Lima #4: Syawal Menjelma, Bajet Macam Mana?

    21/06/2017 Duration: 41min

    Setelah sebulan berpuasa, Syawal datang lagi. Majoriti daripada kita amat girang untuk menyambut bulan yang mulia ini. Dalam kegembiraan tersebut, mungkin ada yang terlebih seronok sehingga rancak berbelanja. Sampai terlupa yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak. Sempena musim perayaan ini, Buku Tiga Lima akan merungkai perbelanjaan kita di musim perayaan, dan memberikan tips bagaimana kita boleh bergembira tanpa bermandikan air mata kelak.

  • Sampai Bila Nak Bazirkan Makanan?

    14/06/2017 Duration: 42min

    Di samping terkenal dengan kekayaan pelbagai juadah makanannya, Malaysia juga terkenal dengan sikap rakyatnya yang kerap membazirkan makanan. Mengikut statistik, rakyat Malaysia membazirkan 3,000 tan makanan yang boleh dimakan setiap hari. Adakah tahap kesedaran kita terhadap sikap negatif ini masih lagi rendah? Apakah pendekatan sepatutnya yang perlu diambil, dari aspek masyarakat, sistem dan polisi, untuk memastikan pembaziran dapat dikurangkan, sejajar dengan pembangunan sahsiah masyarakat?

  • Yang Tercicir Jangan Ditinggalkan

    07/06/2017 Duration: 40min

    Masyarakat masa kini mempunyai kesedaran sivik yang lebih tinggi untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Dari mana datangnya kesedaran ini, dan apakah pendekatan-pendekatan yang digunakan, untuk mendapatkan sokongan orang ramai? Bila Larut Malam akan cuba mendengar cerita daripada Projek Iqra’, sebuah organisasi yang membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pelajaran, melalui pendekatan “crowdfunding”.

  • Temuan di Gunung Ledang

    31/05/2017 Duration: 35min

    Kita banyak mendengar kisah orang asli dan nasib mereka yang sering dipaksa berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran. Biasanya kisah mereka dibawa oleh aktivis dan pembela nasib mereka. Tetapi, jarang kita dengar cerita daripada mulut mereka sendiri. Bila Larut Malam berpeluang untuk bercakap dengan Komuniti Temuan di Gunung Ledang. Tok Batin Meghek Acai dan Tok Batin Jengkeng Jani menyertai rancangan ini, untuk menceritakan kisah hidup, tradisi dan budaya mereka.

page 5 from 5