Bfm :: Bila Larut Malam

Informações:

Synopsis

Bila Larut Malam ialah rancangan yang merungkai fenomena moden, tradisional, serta budaya bandar yang berada di sekeliling kita. Sertai kami untuk memahami trend masyarakat dan budaya. Khas untuk mereka yang tidur lewat dan pengembara malam.

Episodes

  • Mengenal Masyarakat Chetti Melaka

    28/03/2018 Duration: 31min

    Komuniti India Peranakan di Malaysia, lebih dikenali sebagai masyarakat Chetti, adalah komuniti India minoriti di Malaysia, yang bertempat di Melaka. Apakah sejarah dan budaya yang diamalkan masyarakat ini? Dan seperti komuniti peranakan lain, apakah cabaran yang dihadapi mereka dalam mengekalkan tradisi unik mereka, pada masa kini? Kami teroka.

  • Terima Kasih, Stephen Hawking

    21/03/2018 Duration: 36min

    Minggu lepas, dunia dikejutkan dengan pemergian saintis unggul, Stephen Hawking. Dalam episod Bila Larut Malam kali ini, kami akan mengimbas semula sumbangan beliau dalam dunia sains, teori terkenal beliau seperti "singularity", “Black Hole”, dan “Hawking Radiation”, dan kesannya kepada masyarakat sejagat.

  • Tips Temu Duga

    14/03/2018 Duration: 40min

    Dalam episod kali ini, perunding kerjaya, Ameirul Azraie Mustadza kembali untuk memberikan beberapa tips bagaimana kita boleh menjawab beberapa soalan yang sering ditanyakan dalam temu duga, dengan baik dan berkesan.

  • Mengenal dan Memahami “Keistimewaan”

    07/03/2018 Duration: 26min

    “Privilege” ataupun keistimewaan adalah kelebihan yang ada pada seseorang individu atau komuniti, berdasarkan latar belakang dan identiti mereka. Bagaimanakah “privilege” ini mempengaruhi hidup seseorang, dan apakah kepentingan untuk kita mengetahui kelebihan yang kita ada, dalam pergaulan bermasyarakat ini? Kami kupas.

  • Hak Asasi Manusia Dalam Peradaban Melayu

    28/02/2018 Duration: 37min

    Wacana tentang hak asasi manusia dalam dunia kontemporari biasanya berlandaskan kepada piagam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, “The Universal Declaration of Human Rights 1948”. Tetapi sebelum kewujudan piagam tersebut, peradaban dunia Melayu mempunyai “piagam” yang sedikit sebanyak telah menyentuh tentang kepentingan menjaga maruah manusia sejagat. Dalam episod kali ini, kami mengupas “Prasasti Talang Tuo”, dan pengaruhnya kepada peradaban Melayu zaman tersebut, dan wacana hak asasi manusia dalam dunia Melayu moden ini.

  • Blockchain - Tulang Belakang Dunia Digital Masa Depan?

    21/02/2018 Duration: 21min

    Kejayaan mata wang crypto boleh dikaitkan dengan teknologi penting yang menyokongnya. Teknologi ini dipanggil “blockchain”, dan ciri-cirinnya yang unik membolehkan mata wang crypto itu berkembang dengan pesat. Apakah itu “blockchain”, dan adakah penggunaannya terhad hanya kepada mata wang crypto? Kami teroka.

  • Sajak - Antara Seni dan Wacana Komentar Sosial

    14/02/2018 Duration: 39min

    Dengan susunan yang begitu berbunga dan berseni, sajak dianggap sebagai salah satu seni kata-kata Nusantara yang mempunyai nilai yang tinggi. Selain daripada mengindahkan bahasa, sajak juga berfungsi untuk membuat komentar sosial dengan kiasannya yang tersendiri. Tetapi, adakah pendekatan ini berkesan, dan dihargai masyarakat umum? Penyajak, Raja Ahmad Aminullah menyertai kami untuk membincangkan perkara ini.

  • Mengenal Cina Muslim Nusantara

    07/02/2018 Duration: 40min

    Komuniti Cina Muslim di Nusantara mempunyai pendekatan mereka yang tersendiri dalam aspek berkenaan identiti budaya dan agama mereka. Minggu ini, kami akan meneroka bagaimana komuniti ini berhadapan dengan pertembungan tersebut, disamping mencari tempat mereka dalam komuniti Islam moden masa kini.

  • Ilmu di Jalanan

    24/01/2018 Duration: 37min

    Kadang-kala, akses untuk mendapatkan ilmu, seperti bahan bacaan, tidaklah semudah yang disangka. Bahan bacaan juga tidak lari daripada kekangan struktur yang mungkin bersifat prejudis. Menyedari perkara ini, beberapa individu mewujudkan inisiatif yang diberi nama “Buku Jalanan”. Dengan memberi akses kepada buku, dan ilmu, kepada orang ramai, di jalanan, ilmu juga, secara tidak langsung, dapat dikongsi tanpa kekangan kelas atau kelebihan eksklusif. Minggu ini, Bila Larut Malam berbual dengan pengasas Buku Jalanan, untuk mengetahui sama ada inisiatif ini masih lagi kekal kukuh dan relevan pada masa kini.

  • Bahasa dan Struktur Sosial

    17/01/2018 Duration: 21min

    Selain daripada penggunaan praktikalnya sebagai medium komunikasi, bahasa juga memainkan peranan mencipta pandangan kita dan bagaimana kita memahami dunia ini. Minggu ini, Bila Larut Malam akan meneroka bagaimana struktur sosial masyarakat Melayu dicipta dan difahami melalui panggilan timangan dalam kalangan keluarga.

  • Dugaan Temu Duga

    10/01/2018 Duration: 38min

    Antara perkara yang paling ditakuti pemburu kerja, terutamanya graduan, adalah sesi temu duga. Selain daripada memastikan diri sendiri tidak gugup dan gementar, pemburu kerja juga perlu memikirkan penampilan diri, dan soalan-soalan yang bakal ditanya nanti. Apakah antara persiapan yang boleh pemburu kerja lakukan, sebelum ke sesi temu duga? Kami bincangkan.

  • Irama Dikir Barat

    03/01/2018 Duration: 59min

    Dikir Barat adalah satu permainan atau persembahan berkumpulan dari Pantai Timur. Dengan nyanyian berirama yang rancak dan mengasyikkan, dikir barat dipersembahkan bukanlah hanya untuk berhibur semata-mata, tetapi sebaliknya, unsur-unsur nasihat dan pemerhatian keadaan semasa juga diselitkan. Apakah komponen-komponen yang ada dalam sesebuah persembahan dikir barat ini, untuk menjayakannya? Kami bercakap dengan Tok Juara dan Tukang Karut Dikir Barat, untuk mempelajari selok belok budaya tradisional ini.

  • Buku Tiga Lima #10: Simpanan Hari Tua - Simpan Dulu, Senang Kemudian

    27/12/2017 Duration: 32min

    Untuk orang muda, persaraan adalah satu topik yang mereka anggap boleh difikirkan pada umur yang lebih dewasa kelak. Tetapi, dengan laporan KWSP yang mengatakan golongan pesara mempunyai simpanan yang rendah, dan mempunyai kecenderungan untuk menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, subjek persaraan ini perlu dilihat dengan lebih serius. Apakah yang boleh boleh kita lakukan, terutamanya golongan muda, untuk menghadapi perkara ini?

  • Bila Larut Malam - Imbasan 2017

    20/12/2017 Duration: 38min

    Sempena hujung tahun ini, Bila Larut Malam akan mengimbas semula beberapa sedutan episod-episod menarik sepanjang tahun 2017. Antaranya termasuklah perbincangan tentang teori median voter dan centrism, penjelasan gastronomi Melayu melalui pantun, kesilapan yang dilakukan pemburu kerja dan graduan dalam menulis CV serta bagaimana istilah dalam bahasa Melayu dicipta.

  • Denim, Jeans & Kepala Kain

    13/12/2017 Duration: 33min

    Jika disebut denim dan jeans, perwatakan yang biasa kita kaitkan dengan pemakainya adalah “rugged” dan sempoi. Bagaimanakah pakaian yang dulunya dikaitkan dengan golongan pekerja dan mempunyai tujuan yang lebih praktikal menjadi satu trend fesyen yang “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas?” Hasri Chie, pengasas Cheese Denim, memberikan jawapannya, serta membantu kami memahami fenomena jeans, denim, dan kegilaan terhadap “kepala kain” dalam kalangan penggemar jeans.

  • Untuk Kepentingan Sejagat

    06/12/2017 Duration: 18min

    Beberapa bulan lepas, satu peti sejuk awam bertujuan untuk memberikan makanan secara percuma kepada golongan kurang bernasib baik dipecahkan. Insiden ini menunjukkan bahawa inisiatif yang dianggap murni tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya oleh orang ramai. Adakah kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab menggunakan sesuatu yang menggunapakai “honour system?” Kami bincangkan.

  • Buku Tiga Lima #9: Memupuk Asas Kewangan Keluarga

    29/11/2017 Duration: 34min

    Selain daripada menyatukan dua insan, perkahwinan juga membawa perspektif yang berbeza kepada cara kita menjalani kehidupan kita. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana sesebuah pasangan itu perlu tahu bagaimana mereka patut menguruskan kewangan keluarga secara bersama, dengan mengambil kira faktor kehadiran cahaya mata, serta pelbagai lagi. Apakah cara yang terbaik untuk menjamin keharmonian keluarga, dari sudut kewangan? Kami kupas.

  • Di Persimpangan Jalan Kehidupan

    22/11/2017 Duration: 22min

    Ramai di antara kita yang dah biasa dengar frasa “mid-life crisis” tetapi pada masa kini, terdapat juga “quarter-life crisis” yang membelenggu golongan muda berumur 20-an hingga 30-an. Apakah antara sebab-sebab berlakunya krisis ini kepada golongan muda, yang biasanya dianggap mempunyai pandangan yang lebih optimistik terhadap dunia ini? Kami bincangkan.

  • Macam Mana Istilah Bahasa Melayu Dicipta?

    15/11/2017 Duration: 37min

    Baru-baru ini, masyarakat Malaysia diperkenalkan dengan istilah-istilah baharu Bahasa Melayu, untuk perkataan-perkataan moden yang wujud dalam bahasa Inggeris. Salah satu istilah, “tunafoto” untuk “photobomb”, mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Apakah proses dan pemikiran yang dilalui Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencipta istilah-istilah ini? Bagaimana pula dengan cabaran yang dilalui mereka, terutamanya pada zaman di mana penggunaan bahasa menjangkaui budaya dan garisan geografi?

  • Taktik Cari Kerja

    08/11/2017 Duration: 40min

    Selain daripada memenuhi kriteria-kriteria atas kertas yang ditetapkan oleh bakal majikan untuk mendapatkan kerja, kita juga perlu mempunyai pendekatan yang lebih bijak dalam menggunakan pelbagai macam platform dan saluran sedia ada masa kini, untuk meningkatkan peluang kita mendapatkan kerja. Dalam episod ini, Ameirul Azraie Mustadza sekali lagi menyertai kami untuk kongsikan tips-tips tersebut, terutamanya dalam penggunaan JobStreet dan LinkedIn.

page 4 from 5